Menyediakan biasiswa pinjaman kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana lnstitusi Latihan Kemahiran / Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Bayaran balik pinjaman bermula mulai enam (6) bulan selepas tamat Latihan.
Bantuan
Membiayai yuran latihan / kursus sepanjang tempoh pengajian dengan maksimum RM10,000 setahun.