PENGUMUMAN
Anda Berhak Mendapat Layanan Mesra Dari Kami
   

 

Sekretariat Tabung Pendidikan Tinggi

SEKRETARIAT KEPADA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
Skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

SEKRETARIAT KEPADA SKIM PINJAMAN TABUNG PENDIDIKAN SARAWAK (HiED)
Skim Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED)

SEKRETARIAT KEPADA TABUNG AMANAH BAKUN (TAB)
Skim Biasiswa Tabung Amanah Bakun
Skim Biasiswa Peringkat Sekolah Tabung Amanah Bakun
Skim Pelajar Cemerlang Tabung Amanah Bakun



Skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

Tujuan

Untuk memberi hadiah biasiswa kepada para pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan termasuk kursus pakar di dalam dan luar Negara, dalam jurusan terpilih.
Bentuk bantuan

Biasiswa penuh merangkumi:

» Yuran pengajian penuh
» Elaun sarahidup untuk sepanjang tempoh pengajian
» Tiket penerbangan sekali pergi dan balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara)

Kelayakan

» Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah
» Lulus temuduga


Skim Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED)

Tujuan

Untuk memberi bantuan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Sarawak dalam jurusan Kejuruteran dan Ukur Bahan
Bentuk bantuan
» Pinjaman dengan dua (2) orang Penjamin bagi jumlah pinjaman melebihi RM20,000.00 dan hanya satu (1) orang penjamin bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah
» Amaun pinjaman tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga


Skim Biasiswa Tabung Amanah Bakun

Tujuan

Untuk memberi bantuan kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga, yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam Negara.
Bentuk bantuan Pemberian pakaian sekolah merangkumi:

» Biasiswa – Peringkat Sijil ke Ijazah Sarjana Muda
» Pinjaman – Ijazah Sarjana hingga PhD, dengan seorang (1) Penjamin dengan amaun pinjaman untuk yuran pengajian sahaja
Kriteria kelayakan
» Latar belakang sosio ekonomi
» Mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi

Borang

  Borang BCT/1


Skim Biasiswa Peringkat Sekolah Tabung Amanah Bakun

Tujuan

Untuk memberi bantuan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang berasal dari Daerah Belaga.
Bentuk bantuan Biasiswa sekali setahun dengan amaun yang ditetapkan oleh JK Pendidikan TAB
Kriteria kelayakan
» Pendapatan ibubapa tidak lebih RM800.00 sebuah bagi yang tinggal di daerah Belaga
» Pendapatan ibubapa tidak lebih RM1,500.00 sebuah bagi yang tinggal di luar daerah Belaga

Borang

  Borang BCT/2


Skim Pelajar Cemerlang Tabung Amanah Bakun

Tujuan

» Untuk memberi insentif kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam
» Untuk menggalakkan para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Bentuk Hadiah Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:

» UPSR (4A 1C): RM100.00
» PMR (10 Orang pelajar terbaik): RM150.00
» SPM (10 Orang pelajar tarbaik): RM200.00
» STPM (10 Orang pelajar tarbaik): RM250.00

 
 

video

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Lot 4784 Blok 14, Salak Land District Jalan Sultan Tengah, Semariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20th August 2010 01:30:41 AM
3864565 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star