PENGUMUMAN
Anda Berhak Mendapat Layanan Mesra Dari Kami
   

 

Pendidikan Tinggi

Skop Bantuan:
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Skim Pinjaman Pelajaran ~ Dalam Negara
Skim Pinjaman Pelajaran ~ Luar Negara
Skim Tabung Pusingan
Skim Bantuan Matrikulasi
Skim Bantuan Pra-Sains
Skim Pinjaman Komputer



Skim Pinjaman Pelajaran ~ Dalam Negara

Tujuan

Bantuan Pinjaman kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi di dalam negara.
Bentuk bantuan
» Pinjaman dengan dua (2) orang Penjamin bagi jumlah pinjaman melebihi RM20,000.00 dan hanya satu (1) orang penjamin bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah.
» Amaun pinjaman tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Yayasan Sarawak

Borang

  Borang YS/1/2000 (Pindaan 2007)


Skim Pinjaman Pelajaran ~ Luar Negara

Tujuan

Bantuan Pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian pelajar
Bentuk bantuan
» Amaun maksimum adalah RM100,000 untuk keseluruhan pengajian atau RM30,000 setahun (tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pendidikan)
» Pinjaman memerlukan cagaran mencukupi dalam bentuk hartanah.

Permohonan

» Kursus dan Institusi Pengajian hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (sila semak di Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam)
» Bagi Pengajian Islam – memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Diploma dalam pengajian Islam
»

Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia

Borang

  Borang YS/3 (Pindaan 1989)
Pengiktirafan Kerajaan Sila semak pengiktirafan kursus anda. KLIK SINI


Skim Tabung Pusingan

Tujuan

Bantuan pinjaman segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara
Bentuk bantuan
» Amaun pinjaman antara RM500.00 - RM1,500.00 bergantung kepada peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi
» Pembayaran dibuat secara tunai, sekali sahaja.
»

Pelajar dikehendaki membayar balik sebaik sahaja mendapat penajaan

Borang

  Borang YS/18/1996


Skim Bantuan Matrikulasi

Tujuan

Bantuan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Bentuk bantuan
» Geran antara RM500.00 – RM1,000.00 tertakluk kepada pendapatan perkapita keluarga pelajar
» Pemberian bantuan hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Matrikulasi

Borang

  Borang YS/17/2000


Skim Bantuan Pra-Sains

Tujuan

Bantuan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Pra-Sains di UiTM Kota Samarahan sebagai galakan kepada pelajar yang menceburi bidang sains dan teknikal.
Bentuk bantuan
» Geran berjumlah RM1,000.00
» Diberi hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Pra-Sains


Skim Pinjaman Komputer

Tujuan

Bantuan pinjaman kepada pelajar yang menuntut di IPTA termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia untuk membeli komputer.
Bentuk bantuan Pinjaman dengan jumlah RM2,000.00

Borang

 Borang YS/19/2001


 
 

video

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Lot 4784 Blok 14, Salak Land District Jalan Sultan Tengah, Semariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20th August 2010 01:30:41 AM
3861072 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star