Bantuan Pinjaman kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi di dalam negara.
Bentuk bantuan
»
Pinjaman dengan dua (2) orang Penjamin bagi jumlah pinjaman melebihi RM20,000.00 dan hanya satu (1) orang penjamin bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah.
»
Amaun pinjaman tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Yayasan Sarawak
Bantuan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Bentuk bantuan
»
Geran antara RM500.00 – RM1,000.00 tertakluk kepada pendapatan perkapita keluarga pelajar
»
Pemberian bantuan hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Matrikulasi
Bantuan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Pra-Sains di UiTM Kota Samarahan sebagai galakan kepada pelajar yang menceburi bidang sains dan teknikal.
Bentuk bantuan
»
Geran berjumlah RM1,000.00
»
Diberi hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Pra-Sains
Skim Pinjaman Komputer
Tujuan
Bantuan pinjaman kepada pelajar yang menuntut di IPTA termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia untuk membeli komputer.