Kategori Guru & Pelajar : Pencalonan dibuat oleh sekolah dan pemilihan akhir dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri SarawakÂ
Kategori Guru Besar & Pengetua : Pemilihan dibuat oleh JPNSÂ
Kategori Sekolah : Pemilihan dibuat oleh JPNS
Latar Belakang Skim
Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak diperkenalkan oleh Yayasan Sarawak khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan serta sumbangan bernilai dalam semua bidang, baik dari segi peningkatan akademik atau bukan akademik, sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah mereka sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
Setiap tahun Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak akan menyaksikan penerima bagi 19 buah kategori yang telah ditetapkan. Pemilihan para penerima telah ditentukan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pihak pengurusan Yayasan Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Sembilan belas kategori Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak adalah seperti berikut:
BIL.
KATEGORI
HADIAH
1.
Sekolah Menengah Cemerlang (Pedalaman)
RM10,000.00 dan sijil
2.
Sekolah Menengah Cemerlang (Luar Bandar)
RM10,000.00 dan sijil
3.
Sekolah Menengah Cemerlang (Bandar)
RM10,000.00 dan sijil
4.
Sekolah Rendah Cemerlang (Pedalaman)
RM8,000.00 dan sijil
5.
Sekolah Rendah Cemerlang (Luar Bandar)
RM8,000.00 dan sijil
6.
Sekolah Rendah Cemerlang (Bandar)
RM8,000.00 dan sijil
7.
Pengetua Cemerlang
RM5,000.00 dan sijil
8.
Guru Besar Cemerlang
RM5,000.00 dan sijil
9.
Guru Sekolah Menengah Cemerlang (Keseluruhan)
RM5,000.00 dan sijil
10.
Guru Sekolah Rendah Cemerlang (Keseluruhan)
RM5,000.00 dan sijil
11.
Guru Sekolah Menengah Cemerlang Zon Selatan
RM4,000.00 dan sijil
12.
Guru Sekolah Menengah Cemerlang Zon Tengah
RM4,000.00 dan sijil
13.
Guru Sekolah Menengah Cemerlang Zon Utara
RM4,000.00 dan sijil
14.
Guru Sekolah Rendah Cemerlang Zon Selatan
RM4,000.00 dan sijil
15.
Guru Sekolah Rendah Cemerlang Zon Tengah
RM4,000.00 dan sijil
16.
Guru Sekolah Rendah Cemerlang Zon Utara
RM4,000.00 dan sijil
17.
Pelajar Cemerlang SPM
RM3,000.00 dan sijil
18.
Anugerah Kecemerlangan SPM Pelajar Pendidikan Khas
RM1,500.00 dan sijil
19.
Anugerah Khas Pelajar Penan/Punan
RM1,000.00 dan sijil
Tujuan
Untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan serta sumbangan bernilai dalam semua bidang,
baik dari segi peningkatan akademik atau bukan akademik, sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah mereka sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan
Pencalonan
Kategori Guru & Pelajar : Pencalonan dibuat oleh sekolah dan pemilihan akhir dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Kategori Guru Besar & Pengetua : Pemilihan dibuat oleh JPNS
Kategori Sekolah : Pemilihan dibuat oleh JPNS
Skim Biasiswa Tempatan
Tujuan
»
Untuk membantu pelajar di negeri Sarawak pada peringkat sekolah menengah (dari tingkatan 2 hingga 6) yang tidak mampu membiayai persekolahan mereka;
»
Untuk membolehkan mereka meneruskan persekolahan serta menggalakkan mereka mempertingkatkan prestasi akademik