PINJAMAN
PINJAMAN
BIASISWA PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA
Tujuan
Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Insititusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan Universiti Swasta.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Pelajar wajib memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu dan mengemukakan surat penolakan PTPTN semasa memohon.
2 orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap.
Pendapatan perkapita keluarga RM2,000.00 sebulan ke bawah.
Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.
Bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian.
Bantuan
Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaaan salinan keputusan peperiksaan yang lengkap.
Permohonan
PINJAMAN
PINJAMAN PELAJARAN LUAR NEGARA
Tujuan
Melanjutkan pengajian ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Keutamaan diberikan kepada kursus yang tidak terdapat di dalam negara.
Kursus dan universiti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melaui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Mengemukakan cagaran hartanah dan 2 orang penjamin.
Bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian.
Bantuan
Kadar pinjaman yang diluluskan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pendidikan dan terhad kepada maksima RM50,000 setahun.
Permohonan
PINJAMAN
BIASISWA PINJAMAN LATIHAN TEKNIKAL
Tujuan
Menyediakan bantuan kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
Terbuka kepada rakyat Sarawak berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah RM2,000 sebulan ke bawah.
Bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat latihan dan rebat 50% untuk pelatih yang lulus.
Bantuan
Yuran latihan/kursus dan elaun sara hidup disediakan sepanjang tempoh pengajian.
Permohonan
PINJAMAN
PINJAMAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI SARAWAK (HiED)
Tujuan
Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan & Ukur Bahan di IPTA/IPTS terpilih dalam Sarawak.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Pelajar wajib memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu dan mengemukakan surat penolakan PTPTN semasa memohon.
2 orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap.
Pendapatan perkapita keluarga RM 2,000.00 sebulan ke bawah.
Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.
Bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian.
Pembayaran
Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaan slip keputusan peperiksaan yang lengkap.
Permohonan