edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

 

PROGRAM DAN BANTUAN




PROGRAM & BANTUAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
Tujuan
  • Skim yang bertujuan meningkatkan semangat 1 Malaysia.  Ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
    • Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi di Semenanjung Malaysia.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
  • Pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi melalui sekolah.
  • Mendapat keputusan 5A (UPSR) & 8A (PT3).
  • Kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memohon tajaan biasiswa daripada Yayasan Sarawak.
Bantuan
  • Yuran, buku dan alatulis serta elaun wang saku termasuk pakaian seragam sekolah/pakaian wajib yang dikenakan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik setiap tahun.
Permohonan

PROGRAM & BANTUAN PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI
Tujuan
  • Program Kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga.  Kumpulan sasaran adalah:
    • Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
    • Ibu bapa, Belia lepasan sekolah & Pemimpin masyarakat.

Komponen Program

  • Seminar Kecemerlangan Keibubapaan.
  • Kursus Kesedaran Pendidikan.
  • Bimbingan dan kaunseling untuk pelajar Tingkatan 5.
  • Sesi Dialog bersama pengurusan tertinggi Yayasan Sarawak.

Modul Program

  • Inspirasi dan motivasi diri.
  • Pengurusan diri dan pengurusan masa.
  • Cara belajar yang berkesan.
  • Persediaan menghadapi peperiksaan.

Pelaksanaan Program

  • Yayasan Sarawak akan membantu membiayai sebahagian kos.

PROGRAM & BANTUAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Tujuan
  • Meringankan bebanan kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Syarat
  • Pelajar di Sekolah Rendah dan Menengah di Sarawak.
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan disahkan status MISKIN TEGAR sahaja.
Bantuan
  • Baucer bernilai RM200.00 unuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan beg di kedai-kedai yang terlibat.
Permohonan
  • Sekolah mencadangkan pelajar yang layak dan disahkan oleh Focus Group Daerah masing-masing untuk pertimbangan Yayasan Sarawak.

PROGRAM & BANTUAN HIGH PERFORMING RURAL SCHOOLS (HIPERS)
Tujuan
  • Meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar.
Komponen
  • Peningkatan pencapaian keseluruhan pelajar
  • Pengupayaan guru dan sekolah
  • Penglibatan para ibu bapa
  • Kesedaran komuniti

PROGRAM & BANTUAN PROGRAM BANTUAN BAHAN BACAAN
Tujuan
  • Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bantuan
  • Menyumbang bahan-bahan bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilh di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

PROGRAM & BANTUAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN SARAWAK
Tujuan
  • Insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.
  • Menggalakkan pelajar berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Syarat
  • Mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran teras peringkat UPSR, SPM & STPM.
  • Kriteria kelayakan penerima hadiah dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Bantuan
  • Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:
    • UPSR     :     RM100.00 
    • SPM      :     RM500.00
    • STPM    :     RM700.00

PROGRAM & BANTUAN ANUGERAH KHAS KETUA MENTERI SARAWAK
Tujuan
  • Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan serta sumbangan bernilai dalam semua bidang, baik dari segi peningkatan akademik atau bukan akademik, sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah mereka di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
  • Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak terbahagi kepada beberapa kategori. Pemilihan para penerima ditetapkan oleh sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh pihak pengurusan Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Syarat
  • Sekolah mengemukakan pencalonan berdasarkan pencapaian mengikut bidang dan kategori anugerah.
  • Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
  • Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

PROGRAM & BANTUAN PROGRAM KERJASAMA YS-JPNS
Tujuan
  • Mengadakan program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebagai pemangkin kepada pembangunan pendidikan di Sarawak.
Program
  • Program Menjejaki Maklumat
  • Reaching For The Stars
  • Kem Pembacaan dan Literasi Maklumat
  • Bantuan Tambang Balik Kampung Murid
  • Kem Nilam Peringkat Negeri
  • Holiday English Language Programme (HELP)
  • Jejak Sejarah
  • Conversion Programme For Science Teachers (COPS)
  • Pertandingan Bola Sepak Piala Emas dan Perak Rebutan Yayasan Sarawak
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
54310730 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star