edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

 

KAEDAH & INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN

Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.




BAYARAN BALIK KAEDAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
Tujuan
  • Mendidik ke arah matlamat pembayaran balik pinjaman pelajaran.
Tempoh Matang
  • Sijil/Diploma - 6 bulan selepas tamat pengajian
  • Ijazah/Pasca Ijazah - 12 bulan selepas tamat pengajian
  • Tabung Pusingan - 8 bulan selepas penerimaan tawaran
Kaedah

Sila rujuk kepada surat tawaran atau perjanjian pinjaman anda atau hubungi Yayasan Sarawak.

  • Kaunter Bayaran Yayasan Sarawak: Wisma Adenan, Aras 1, Jalan Sultan Tengah, Kuching.
  • Kaunter Bank Simpanan Nasional: Kemukakan nama penuh, nombor MyKad, nombor rujukan pinjaman dan Skim Pinjaman Pelajaran.
  • Ejen Berdaftar BSN (EB BSN): Kemukakan nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon. (caj perkhidmatan RM1.00 akan ditanggung oleh peminjam bagi setiap transaksi)
  • Potongan Gaji (Allotment): Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama penuh/ alamat dan nombor telefon kepada Seksyen Bayaran Balik, melalui e-mail ys@yayasansarawak.org.my atau surat rasmi.
  • Pembayaran Pinjaman Melalui Pengeluaran Simpanan KWSP (Akaun 2)
  • Pembayaran Pinjaman Melalui Online di Laman Web:
    CIMB Bank
    Maybank2U.com

    RHB Bank
    Bank Rakyat

    JomPAY CIMB Bank (Biller Code : 7773) – Bayaran melalui online di Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih melalui akaun semasa, simpanan atau kad kredit

    jompayBiller Code: 7773
    Ref-1 : < MyKad Number>
    Ref-2 : < Phone Number or Email >


BAYARAN BALIK INSENTIF PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
Tujuan
  • Hadiah kepada pelajar yang cemerlang dan berjaya menamatkan pengajian
Insentif
  • Membuat permohonan insentif dan membuat bayaran secara konsisten yang tertakluk kepada terma dan syarat kelulusan

    • Skim Pinjaman Pelajaran (dalam negara)
      • Insentif 75% : CGPA 3.50 ke atas
      • Insentif 50% : CGPA 3.00 ke atas / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
    • Skim Pinjaman Pelajaran (luar negara)
      • Insentif 25% : Ijazah Kelas Pertama / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
    • Skim Pinjaman Latihan Teknikal (PTK)
      • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
    • Skim Biasiswa Pinjaman Foundation in Engineering
      • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan (untuk pelajar Bumiputera sahaja)
    • Skim Pinjaman Program Penerbangan
      • Insentif 25% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian

  • Bayaran Balik secara keseluruhan atau penuh
    • Insentif 25% daripada jumlah baki pinjaman ditukar kepada biasiswa diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik secara keseluruhan atau penuh (sah sehingga 15 Disember 2017)
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688562 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star