edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Impian Tok Nan lihat `Anak Sarawak` berjaya
16 September 2018

LUNDU: Penubuhan Yayasan Sarawak terbukti mencapai objektifnya, terutama dalam konteks memperkasakan pendidikan anak negeri sejak lebih 30 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu, berkata ia seiring hasrat kerajaan negeri melahirkan golongan cerdik pandai, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu. - Foto Nadim Bokhari

Kitamemiliki ramai Anak Sarawak yang cemerlang dalam pelajaran dan berpotensiuntuk pergi lebih jauh, namun berdepan pelbagai kekangan, khususnya dalamkonteks kewangan.

Dalamhal inilah, kita bersyukur kerana memiliki Yayasan Sarawak yang menyediakanpelbagai bantuan kewangan, termasuk kemudahan biasiswa untuk anak-anakmenyambung pelajaran dan pengajian mereka, katanya.

Beliauberkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) Yayasan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Stunggang Melayu, di sinisemalam.

Hadirsama, Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang; Pengerusi PIBG SK StunggangMelayu, Ramli Hassan dan Penolong Kanan Akademik SK Stunggang Melayu, JamadilEri.

Jamilahberkata, menjadi impian arwah suaminya, Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan,untuk melihat lebih ramai Anak Sarawak berjaya dalam pelbagai bidang,seterusnya menyumbang semula kepada kemajuan negeri.

Malah, katanya, Tok Nan sentiasapercaya hanya dengan memiliki pendidikan yang baik, Anak Sarawak mampumengubah nasib mereka dan keluarga masing-masing.

Arwah Tok Nan cukupberdedikasi membangunkan Yayasan Sarawak hingga ke tahap apa yang dilihat hariini, malah berupaya menawarkan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyatSarawak.

Yayasan Sarawak akanterus komited membantu pelajar Sarawak dari pelbagai kaum dan latar belakang.Bantuan diberi bukan hanya berbentuk biasiswa dan pinjaman, bahkan peralatansekolah serta geran, selain penganjuran bengkel strategi menghadapipeperiksaan, katanya.

Jamilah turut berbanggakerana Yayasan Sarawak muncul sebagai badan seumpamanya yang aktif di negaraini membantu rakyat.

Tahun lalu, SekolahMenengah Kebangsaan (SMK) Sematan mendapat bantuan Yayasan Sarawak disusuli SKStunggang Melayu tahun ini. Kita amat menghargai bantuan Yayasan Sarawak yangmemainkan peranan penting memberi pendedahan kepada pelajar kita terhadapbidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).

Bila mereka mahirmenggunakan komputer secara tidak langsung akan memudahkan mereka dalamberkomunikasi, berniaga dalam talian, memproses dan menyimpan data sertamemperoleh pelbagai maklumat dengan mudah jika digunakan secara betul,katanya.

Pada majlis sama, 10 unitkomputer diserahkan untuk membantu pihak sekolah dalam mendidik sertamendedahkan pelajar kepada penggunaan ICT, selain mempelbagaikan kaedahpembelajaran.

Source : Berita Harian Online

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65893383 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star