edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Pelajar Yayasan Sarawak Terima Sumbangan Komputer Riba
22 September 2018

YAYASAN Sarawak menerusi Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah menyerahkan bantuan berbentuk komputer riba kepada lima pelajar tajaan yayasan itu di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Zon Semenanjung Malaysia)

Pelajar terbabit kini mengikuti pengajian di Pusat PERMATA PINTAR Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 Azmi dan tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama lima pelajar yang menerima sumbangan di Kuala Lumpur.
TURUN PADANG: Azmi dan tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama lima pelajar yang menerima sumbangan di Kuala Lumpur.

 Azmi berbual dengan Dr Noriah  dan tetamu lain semasa di Pusat PERMATA PINTAR Negara di Kuala Lumpur.
BINCANG: Azmi berbual dengan Dr Noriah dan tetamu lain semasa di Pusat PERMATA PINTAR Negara di Kuala Lumpur.


Lima pelajar tersebut terpilih melalui saranan Pusat PERMATA PINTAR Negara di mana sumbangan komputer riba amat membantu dalam sesi pembelajaran, pengajaran serta ulang kaji mereka yang perlu mengakses pelbagai sumber ilmiah para ilmuan di seluruh dunia.

Bagi pelajar Richelle Joyce Raymond, 13, yang berasal dari Miri, beliau amat menghargai sumbangan tersebut kerana ia memudahkan beliau menyiapkan kajian serta tesis.

Katanya, penggunaan akses maklumat adalah amat penting bagi menghasilkan kerja yang berkualiti.

Pandangan yang serupa juga dilontarkan oleh Dayang Sofea Awang Kamarudin, 13, dari Kota Samarahan.

Menurunya, bantuan seumpama itu sedikit sebanyak melegakan hati ibu bapanya yang bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya.

Bagi Alzam Zareef Jaafar, 13, dari Mukah, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang disumbangkan oleh Yayasan Sarawak dan tidak akan sesekali menyalahgunakan bantuan yang diberikan.

Manakala bagi pelajar Awangku Mohammad Daniel Abdullah, 13, dari Limbang, beliau berpandangan kemudahan bantuan yang disumbangkan oleh Yayasan Sarawak merupakan satu keistimewaan bagi mereka di mana mereka beriltizam untuk menjadi pelajar berprestasi tinggi berimpak tinggi dengan menghasilkan mutu kerja yang tinggi.

Menurut pelajar Khairizdihar Lesan Mohd Khir Nasirruddin, 13, dari Daro dengan bantuan yang diberikan oleh Yayasan Sarawak, beliau sentiasa berdisiplin menggunakannya untuk aktiviti harian dan tidak akan menyalahgunakannya untuk bermain permainan komputer dan sebagainya.

Penyerahan bantuan sumbangan disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang diiringi oleh Muhamad Rahman Sallehin yang merupakan Ketua Pegawai YSKL di Kuala Lumpur.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan itu ialah Pengarah Pusat PERMATA PINTAR Negara Prof Dato Dr Noriah Mohd Ishak, warga kerja YSKL, Jamaluddin Abd Aziz dan Salleh Hassan serta tenaga pengajar Jamaliah Hamdan.

Biasiswa Program Pertukaran Pelajar merupakan salah satu skim di bawah Yayasan Sarawak yang menaja para pelajar Sarawak yang ditawarkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan Semenanjung Malaysia serta Pusat PERMATA PINTAR Negara.

Orang awam boleh menghubungi Penolong Pengarah Seksyen Program & Bantuan, Puan Eliza Fazliyaton Alias melalui talian 082-441686 atau menerusi e-mel ys@yayasansarawak.org.my juga melalui Facebook rasmi Yayasan Sarawak.


oleh Muhamad Rahman Sallehin

Source : Utusan Borneo Online

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65893535 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star