edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak luluskan 730 biasiswa, pinjaman
26 August 2018

SIBU: Kerajaan tidak mahu melahirkan siswazah atau lulusan bertaraf jaguh kampung sebaliknya bertekad meletakkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika berucap di majlis perasmian Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak Bahagian Sibu di sini semalam berkata, bakat dan kemahiran amat penting dipupuk.

Itulah sebabnya ujar beliau kerajaan negeri menekankan pendidikan yang berkualiti dan sentiasa berusaha membantu dengan menyediakan biasiswa.

Katanya satu daripada pendekatan adalah dengan menjalin kerjasama dengan universiti antarabangsa yang mempunyai standard tinggi sebagai penanda aras.

Dengan itu, katanya siswazah yang berkualiti tinggi dapat dilahirkan, dan mereka ini kemudiannya dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat doktor falsafah.

Semalam beliau mengumumkan sebanyak 730 daripada 867 permohonan biasiswa dan pinjaman Yayasan Sarawak diluluskan untuk tahun ini.

Maksudnya, kadar permohonan yang diluluskan ialah 84 peratus.

Jelas Abang Johari melalui pelaburan Yayasan Sarawak, universiti ditubuhkan dan biasiswa diberi kepada pelajar yang layak.

Katanya, meskipun pendidikan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri mahu memastikan ia juga turut terbabit bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapat kemudahan dan kualiti pendidikan yang dihasratkan.

Source : Sarawakvoice

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65894159 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star