edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak sumbang baucar bantuan pakaian seragam kepada SKAL Kabong
03 August 2018

KABONG: Seramai 84 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong menerima baucar bantuan pakaian seragam sumbangan Yayasan Sarawak hari ini.

Penyerahan baucar bantuan pakaian seragam berkenaan disempurnakan oleh ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, Anis Haji Madli, Guru Besar SKAL, Haji Bujang Haji Lee, dan Yang DiPertua PIBG SK. Abang Leman, Johan Haji Rahman.

Menurut Chee, Yayasan Sarawak melaksana bantuan sebegini setiap tahun dan berdasarkan kepada prestasi serta kemampuan kewangan pihak tersebut.

Setakat ini pengurusan Yayasan Sarawak amat cemerlang dan prestasi kewangan badan itu amat baik dan membolehkan mereka menyalur bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Baucar bernilai RM200 itu boleh ditunai di beberapa buah kedai yang dikhaskan untuk menunaikan baucar itu dan para ibu bapa boleh menunaikan baucar sehingga bulan November.

Tahniah kepada Yayasan Sarawak kerana masih mampu menyumbang bantuan kepada pihak ibu bapa yang kurang berkemampuan. Diharapkan Yayasan Sarawak terus maju dan tampil menyumbang pada masa akan datang.

Semua ini berkat adanya prestasi kerja dan pengurusan kerja yang cemerlang yang diamalkan oleh pihak Yayasan Sarawak, ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap para ibu bapa akan dapat memanfaatkan sebaik mungkin baucar yang diterima. Sarawakvoice

Source : SarawakVoice

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65894666 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star