edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Aplikasi Pelajar permudah penerima pinjaman, biasiswa
04 August 2018

KUCHING: Yayasan Sarawak semalam melancarkan Aplikasi Pelajar sebagaisatu lagi kemudahan kepada penerima pinjaman atau biasiswa yayasan.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, dengan adanya aplikasiberkenaan para pelajar sama ada penerima biasiswa atau pinjaman dapatmengetahui status permohonan atau bayaran pinjaman mereka. 

Hari ini (semalam) kita melancarkan Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawakyang boleh dimuat naik daripada Playstore (Android) sementara IOS (Apple) bolehdimuat naik minggu hadapan.

 Aplikasi ini amat istimewa yang dibangunkan oleh Yayasan Sarawaksendiri dan kami berterima kasih kepada bekas Pengarah Yayasan Sarawak, DatukAbu Bakar Marzuki yang mengetuai pasukan dalam membangunkan aplikasi ini,katanya.

 Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyampaian Hadiah PelajarCemerlang Yayasan Sarawak 2018 yang disempurnakan Ketua Menteri merangkapPengerusi Yayasan Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di DewanSerbaguna Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini.

 Azmi berkata, aplikasi berkenaan memberi manfaat kepada pelajar untukmengetahui status permohonan, status pinjaman, status pembayaran balik danstatus baki bayaran pinjaman.

 Sehingga kini ujarnya, terdapat 24,977 pelajar yang menerima manfaatdaripada skim pinjaman Yayasan Sarawak seluruh negeri, iaitu pelajar aktif samaada memohon, membuat pinjaman atau membayar balik.

 Mengulas lanjut Azmi berkata, Yayasan Sarawak kini membuka permohonanbagi Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) bagi mereka bukandalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

 Sementara pelajar dalam bidang STEM boleh memohon Biasiswa YayasanSarawak Tun Taib (BYSTT), yang mana kedua-dua permohonan dibuka sehingga 15Ogos ini, katanya sambil memberitahu setakat ini, mereka menerima 807permohonan bagi YBSTAR dan 369 permohonan bagi BYSTT.

 Berhubung hadiah cemerlang Yayasan Sarawak tahun ini, ia menyaksikanpeningkatan dari segi jumlah penerima iaitu bagi kedua-dua penerima SijilPelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

 Pada kali ini daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 1,135 adalahmenerima hadiah cemerlang Yayasan Sarawak untuk SPM sementara 297 penerimaSTPM.

 Bagi SPM ia merupakan peningkatan 61 peratus berbanding tahunsebelumnya yang mana hanya 701 penerima berbanding 1,135 penerima tahun ini.

 Sementara STPM menunjukkan peningkatan 135 peratus yang 297 penerimatahun ini berbanding 126 pada tahun lepas, katanya sambil menambah, secarakeseluruhan ia peningkatan 73 peratus, iaitu daripada 827 penerima kepada 1,432keseluruhan penerima tahun ini.

 Azmi berkata, daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 551 penerimaadalah daripada Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian iaitu, 469 penerima bagiSPM dan 82 penerima STPM.

Kesemua penerima akan membawa pulang sijil daripada Yayasan Sarawakserta Sijil Simpanan Premium bernilai RM500 (SPM) dan RM700 (STPM)

Source : Uusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65895813 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star