edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

HIPERS usaha pertingkat pencapaian sekolah luar bandar - Pengarah Yayasan Sarawak
22 November 2017

KUCHING: Yayasan Sarawak sentiasa bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) bagi sama-sama melonjakkan taraf pendidikan di negeri ini.

Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Haji Bujang berkata, salah satu daripada pendekatan ke arah itu adalah dengan pelaksanaan Program High Performance Rural School (HIPERS) dan penganjuran Bengkel Pedagogi Abad 21 Guru-Guru Sekolah HIPERS Yayasan Sarawak dengan kerjasmama Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR).

Haji Azmi Haji Bujang Pengarah Yayasan Sarawak (dua dari kiri)

Menurut Azmi, pada tahun 2015 telah dilakukan penjenamaan semula untuk HIPERS dengan ia ditambah baik bagi mensesuaikan kewujudannya dengan keadaan semasa.

HIPERS dilaksana bagi tujuan melahirkan murid cemerlang akademik, merapat jurang pencapaian di antara sekolah luar bandar dan bandar.

Selain itu ia bertujuan untuk membantu sekolah untuk berdikari dalam meneruskan kecemerlangan, meningkatkan kompetensi guru dan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan.

Pelaksanaan program HIPERS untuk sekolah terpilih perlu dimanfaat sebaik mungkin demi kebaikan sekolah terlibat, ujarnya.

Azmi yang berucap ketika majlis makan malam bersama peserta bengkel Pedagogi Alaf 21 malam tadi memberitahu Yayasan Sarawak menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan program seperti bantuan pembiayaan kelas tuisyen dan aktiviti lain serta bantuan pembelian bahan pengajaran-pembelajaran.

Dengan itu, prestasi akademik pelajar sekolah rendah dan menengah di luar bandar disasar menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Hadir sama pada majlis berkenaan Wakil Pengarah IPTAR, Zurhana Muhammad merangkap Ketua Jabatan Matematik IPTAR. Sarawakvoice

Source : Sarawak Voice Daily

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 01 December 2017 08:47:05
56179660 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star