edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Cari jalan tarik kembali anak Sarawak di perantauan
05 November 2017
KUCHING: Kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian untuk menyediakan platform kerjaya baharu bagi menarik anak Sarawak yang bekerja di luarnegara kembali semula ke negeri ini. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk itu Yayasan Sarawak perlu mempunyai data lengkap mengenai anak Sarawak yangpernah menerima biasiswa pendidikan daripada badan tersebut yang bekerja di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. 
Jelasnya, data itu penting agar kerajaan negeri dapat mengetahui platform kerjaya yang diperlukan supaya ia dapat diwujud di negeri ini sekali gus menarikmereka untuk kembali menyumbangkan bakti kepada pembangunan Sarawak. 

Kebanyakan penerima Anugerah Khas (Ketua Menteri Sarawak dari Yayasan Sarawak) kita bekerja di luar Sarawak dan ini bermakna peluang kerjaya adalahkurang di negeri ini. 

Maka itu, kita perlu mencari penyelesaian mengenai perkara ini dengan memberi peluang, platform ekonomi dan sosial yang lebih maju supaya merekadapat menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi untuk menyumbang kepada pembangunan Sarawak, katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 di Dewan Santapan, Bangunan DewanUndangan Negeri (DUN) di sini malam kelmarin. 

Tambah Abang Johari, peringkat pembangunan yang ada di sini pada masa ini mungkin belum menjadi platform bagi anak Sarawak yang bekerja di luarnegara kembali dan membantu dalam pembangunan negeri. 

Dengan ini, saya harap perjalanan kita dalam pembangunan ekonomi digital dapat mengembangkan hasil serta peluang ekonomi yang lebih maju supayaanak Sarawak yang berjaya di luar sana dapat kembali dan menyumbang kepada keperluan dalam pembangunan yang sedang berlaku di negeri kita,tegasnya. 

Mengenai majlis itu, beliau memberitahu Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 merupakan majlis penting selari dengan sambutan jubli perakpenganjurannya. 

Menurutnya, ia membuktikan kejayaan Yayasan Sarawak dalam memainkan peranan mereka membantu anak tempatan berjaya dalam bidang pendidikan. 

Menyentuh perkembangan lain, Abang Johari berkata pada Persidangan Dewan Undangan Negeri nanti, Majlis Penyelidikan akan dibentuk secara rasmi. 

Untuk ini, Yayasan Sarawak boleh menjadi ahli dalam majlis ini untuk kita bersama-sama menyediakan peluang kepada anak Sarawak melanjutkanpengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang penyelidikan teknologi, ujarnya. 

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaikan Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 kepada 12 penerima yang terdiri daripada pelajar cemerlang,guru cemerlang, pemimpin sekolah cemerlang, dan sekolah cemerlang. 

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Jumaani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk AmarAwang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan menteri kabinet dan wakil rakyat, PengarahYayasan Sarawak Azmi Bujang dan tetamu kehormat lain.

Source : Utusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688161 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star