edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak sedia banyak bantuan pinjaman dan biasiswa
14 November 2017
KUCHING: Yayasan Sarawak menyediakan banyak bantuan pinjaman dan biasiswa dalam pendidikan termasuk untuk pelajar dari luar bandar di negeri ini. 

Menteri Muda Penyelidi-kan Sains dan Bioteknologi Dr Annuar Rapaee berkata, antara program itu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, Pinjaman LuarNegara, Pinjaman Latihan Teknikal, Biasiswa Tempatan, Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Bantuan Pendahuluan Pelajaran dan Teknikal melibatkanperuntukan sebanyak RM32 juta setahun.
Jelasnya, bantuan dan pinjaman itu bagi membantu anak Sarawak yang memenuhi syarat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi termasuk dalam bidangkemahiran. 

Bagi pelajar luar bandar juga, Yayasan Sarawak melaksanakan program strategik berterusan bagi membantu mereka seperti Program PembangunanKomuniti, Program Bantuan Buku, Bantuan Pakaian Seragam dan banyak lagi, katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sinisemalam. 

Dr Annuar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Amar Jamilah Anu (BN-Tanjong Datu) mengenai pendekatan strategik Yayasan Sarawakdalam menyediakan bantuan pendidikan kepada anak Sarawak terutama di luar bandar. 

Malah, Dr Annuar memberitahu bagi memacu pembangunan ke arah ekonomi digital selari dengan Revolusi Industri 4.0, kerajaan negeri melalui YayasanSarawak turut menyediakan kursus berkaitan untuk anak-anak muda Sarawak. 

Menjawab pertanyaan Chukpai Ugon (BN-Murum) berkaitan perancangan kerajaan sama ada membina klinik kesihatan di Long Urun, Metalun danTegulang, beliau menjelaskan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sememangnya mempunyai perancangan untuk perkara itu. 

Tapak bagi kedua-dua klinik ini (Metalun dan Tegulang) telah dikenal pasti dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan permohonan akandikemukakan di bawah Ranca-ngan Malaysia Ke-11. 

Bagi Long Urun pula, masih belum ada keperluan untuk membina klinik kesihatan dan klinik terdekat adalah Klinik Kesihatan Sungai Asap iaitu hanya duajam perjalanan, jelasnya. 

Menurutnya, di bawah Jawatankuasa Kabinet Bagi Program Transformasi Luar Bandar (PTLB), Klinik Ke-sihatan Sungai Asap akan dinaik taraf dan menjadiklinik rujukan dalam Sistem Kluster Klinik yang termasuk dalam PTLB bagi 2018. 

Dengan itu, Klinik Kesihatan Sungai Asap akan menjadi pusat rujukan kepada Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Klinik Kesihatan Uma Sambop, KlinikKesihatan (S) Sarawak Hidro dan Klinik Kesihatan Tubau, katanya. 

Mengenai pertanyaan untuk mewujudkan Unit Rawatan Haemodialisis di Klinik Kesihatan Sungai Asap, Dr Annuar berkata, setakat ini belum adaperancangan untuk perkara itu. 

Sementara itu, menjawab pertanyaan Baru Bian (PKR-BaKelalan) mengenai status projek Sekolah Kebangsaan Long Sukang, beliau memberitahu bahawaprojek itu dilaksanakan dalam dua fasa. 

Fasa pertama melibatkan satu blok yang mempunyai enam bilik darjah dan asrama yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10manakala fasa kedua pula akan dilaksanakan di bawah RMK11, jelasnya. 

Source : Utusan Borneo Online

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688237 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star