edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Perkukuh pendidikan tinggi, latihan dan kompetensi
14 November 2017

KUCHING - Adun Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu menggesa agar pendidikan tinggi, latihan serta kompetensi pelajar di negeri ini diperkukuhkan lagi menerusi inisiatif ekonomi digital kerajaan negeri.

Beliau berkata ini perlu agar pelajar tersebut mampu menyumbangkan kepakaran mereka dalam aspek teknikal pembangunan infrastruktur serta keperluan lain yang berkaitan.

Kita tidak mahu anak-anak kita nanti sekadar menjadi pengguna sistem ekonomi digital kerana landasan untuk mereka mendapat pendidikan serta latihan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) adalah terhad, katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2018 pada mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri ke-18 di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya tindakan intervensi yang drastik perlu dilakukan segera oleh Kementerian Pelajaran, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan agensi lain seperti Yayasan Sarawak untuk merangka strategi dan pelan tindakan yang berkesan bagi menangani perkara ini.

Selain itu beliau turut menyuarakan kebimbangan beliau keselamatan pelajar di SMK Sematan yang terdedah kepada pencerobohan pekerja asing dari kebun dan ladang berhampiran.

Selain itu, Jamilah turut menggesa supaya kementerian memberi perhatian serius terhadap masalah pagar yang sudah terlalu usang dan hampir roboh yang mengelilingi kawasan sekolah itu.

Tindakan segera amat diperlukan sebelum terlambat, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nyawa pelajar, katanya.

Menyentuh isu 415 sekolah yang dikategorikan sebagai daif kritikal di Sarawak, beliau berkata tujuh daripadanya di kawasan pilihan raya beliau yang bukan sahaja memerlukan baik pulih terhadap bilik darjah, malah kuarters guru juga sangat perlu dibaik pulih atau dalam keadaan tertentu perlu pembinaan semula.

Katanya kesemua sekolah tersebut juga memerlukan makmal sains dan kerja pendawaian elektrik semula manakala SMK Lundu pula memerlukan bangunan baharu untuk 70 pelajar kelas pendidikan khas.

Saya menaruh harapan yang amat tinggi agar Kementerian Pelajaran, Sains dan Penyelidikan Teknologi dapat memberi keutamaan dalam hal ini, katanya. - Bernama

Source : Sinar Online

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688151 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star