edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Guna baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak sebelum luput tarikh
18 August 2017
MIRI: Baucar bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak yang diagihkan kepada pelajar harus digunakan dalam tempoh tiga bulan ini. 

Penolong Pengarah (Seksyen Bayaran Balik) Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak Ismallia Bohari menasihati ibu bapa supaya segeramenggunakan baucar sebelum tempoh sah laku pada 30 November

Selepas tarikh tersebut, baucar tidak lagi boleh diguna, jelas beliau pada Majlis Penyerahan Baucar di Dewan Kampung Beraya Bakam semalam.

Majlis disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, yang merupakan inisiatif kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyatdiutamakan. 

Program mendapat kerjasama Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. 

Beliau yang hadir mewakili Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, baucar hanya laku atau boleh digunakan di kedai atau premis menjual pakaianseragam di seluruh Sarawak. 

Jelasnya, ibu bapa harus memastikan kedai tertera iklan yang menerima baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak. 

Jika tiada iklan yang dimaksudkan, maka kedai atau premis tersebut bukanlah kedai atau premis berdaftar. 

Maknanya baucar pakaian seragam tidaklah dapat digunakan di kedai atau premis berkenaan, jelasnya. 

Ismallia memberitahu, senarai penerima diperolehi daripada data bantuan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Beliau meminta ibu bapa memanfaatkan bantuan tersebut dan tidak disalah guna bagi memastikan anak mereka bersekolah dalam keadaan selesa. 

Seramai 125 pelajar daripada 10 sekolah di DUN Lambir menerima bantuan itu semalam iaitu RM200 setiap seorang. 

Mereka merupakan pelajar daripada tiga sekolah menengah iaitu SMK Riam, SMK Taman Tunku, SMK Agama dan tujuh sekolah rendah iaitu SKTemenggung Datuk Muip, SK Riam Batu Dua, SK Lambir Village, SK Kampung Beraya, SK Kpg Bakam, SJK Tukau dan SJK Chung Hua Bakam. 

Mereka juga merupakan antara 1,207 pelajar dari seluruh Miri yang menerima bantuan ini tahun ini. 

Ismallia berkata, sejak 2000 hingga 2016, seramai hampir 600,000 pelajar mendapat manfaat daripada program berkenaan. 

Setiap tahun Yayasan Sarawak memperuntukkan RM2 juta untuk pembelian sepasang pakaian seragam, kasut dan beg sekolah dengan kadar RM100 setiapseorang. 

Ini bermakna sejak bantuan ini mula diperkenalkan, Yayasan Sarawak sudah membelanjakan lebih kurang RM32 juta, jelasnya. 

Beliau menambah, jumlah meningkat dua kali ganda bermula tahun ini kerana kerajaan negeri berasakan kos pembelian semakin meningkat. 

Dalam pada itu, Ripin berharap bantuan akan terus diagihkan untuk membantu ibu bapa kurang mampu mendapatkan barang keperluan sekolah anak-anakmereka. 

Bantuan sebagai motivasi kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah sekali gus menerima pendidikan yang akan mengubah corakhidup mereka pada masa depan.

Source : Utusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688384 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star