edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Tukar baucar kepada pakaian seragam sekolah yang sama nilai dengannya
15 August 2017
SIBU: Penerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak dinasihati supaya menukar baucar kepada pakaian seragam sekolah yang sama nilaidengan baucar tersebut. 

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata mulai tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk baucar bernilai RM200 setiasatu kepada 20,000 pelajar di seluruh negeri ini.
 
Kepada ibu bapa dan pelajar pastikan baucar yang diterima daripada Yayasan Sarawak ditukar dengan pakaian seragam sekolah sama nilainya denganbaucar RM200 itu. 

Dengan nilai baucar RM200 pelajar boleh dapat pakaian sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang dengan kualiti lebih baik. 

Oleh itu, jangan terima jika penjual menawarkan harga tidak berbaloi dengan nilai baucar. Kalau boleh pergi ke kedai lain yang memberikan tawaran lebihbaik, katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 kepada 150 pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Bawang Assan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu di sini semalam. 

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh. 

Hadir sama Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Chong Kung dan Temenggung Stanley Geramong. 

Menurut Azmi, terdapat kira-kira 70 kedai atau premis perniagaan di seluruh negeri sanggup menerima baucar ini seperti baucar-baucar bantuan kerajaanyang lain. 

Katanya, baucar itu diterima hampir kebanyakan kedai di seluruh negeri seperti di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu,Sibu, Kapit, Miri dan Limbang. 

Pemberian Baucar Pakaian Seragam Sekolah adalah pendekatan terbaharu Yayasan Sarawak mengagihkan bantuan persekolahan kepada pelajar di negeriini. 

Baucar ini kita serahkan kepada Pejabat Residen dan mereka berusaha dengan Pusat Khidmat DUN masing-masing mengagihkan baucar itu kepadapenerima, jelasnya.

 Selain itu, beliau menegaskan bahawa baucar itu harus ditukar sebelum 30 November depan kerana selepas itu baucar tersebut tidak laku lagi. 
Azmi memberitahu, Yayasan Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan terlibat berusaha mengagihkan baucar itu lebih awal pada tahun depan iaitu padaMei akan datang.Tetapi, terpulang kepada ADUN masing-masing untuk menyerahkan baucar itu, katanya.

Source : Utusan Bornoe Online

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688318 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star