edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Baucar ringankan belanja sekolah anak
15 August 2017
SIBU: Pemberian Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak mencerminkan keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri membantu meringankanbeban ibu bapa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata sejak 2000, Yayasan Sarawakdiamanahkan oleh kerajaan negeri melaksanakan pembekalan pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan beg kepada pelajar di seluruh Sarawak.
 
Mulai 2017, kerajaan negeri menambah peruntukan kepada RM4 juta setahun dengan kadar bantuan RM200 seorang penerima. 

Bukan sahaja bantuan pakaian seragam, kerajaan juga menyediakan peruntukan besar memastikan kelangsungan pendidikan untuk pelajar termasukinfrastruktur, bantuan biasiswa, Baucar 1Malaysia dan sebagainya, katanya pada Majlis Penyampaian Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 disini semalam. 

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong ChongKung dan Temenggung Stanley Geramong. 

Seramai 150 pelajar daripada tiga sekolah menengah, tujuh sekolah rendah dan 11 sekolah jenis kebangsaan Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bawang Assan menerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak disampaikan oleh Wong. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berharap pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dan seterusnya mendalami ilmu digital sepertiyang ditekankan oleh Ketua Menteri. 

Beliau berkata, dunia digital dan bahasa Inggeris mampu memperkenal masyarakat khususnya pelajar kepada New Ways of Doing Things denganmenggunakan sepenuhnya teknologi terkini. 

Oleh itu, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi di bawah Dato Sri Michael Manyin Jawong menggesa supaya sebuah sekolah setiapDUN di negeri ini mengikuti program Sekolah Rendah Angkat Bahasa Inggeris sama ada dalam sekolah atau di luar sekolah. 

Ini kerana, bahasa Inggeris adalah bahasa global, jika kamu mahu buat sesuatu yang baharu dengan cara baharu melaui digital kamu perlu menguasaibahasa Inggeris, katanya. 

Sementara itu, Azmi berkata pada awalnya kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM2 juta setahun kepada Yayasan Sarawak mengagihkan bantuanpakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada 20,000 pelajar di seluruh negeri ini. 

Beliau berkata, timbul aduan daripada pihak tertentu bahawa peruntukan RM100 itu tidak mencukupi khususnya di luar bandar. 

Oleh itu, Yayasan Sarawak mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya peruntukan ditambah kepada RM200 seorang pelajar, tetapi jika jumlah inidinaikkan kita terpaksa menggurangkan jumlah penerima kepada 10,000 pelajar sahaja. 

Namun, kerajaan negeri berpandangan bahawa bilangan 20,000 ini tidak wajar dikurangkan maka peruntukan dinaikkan daripada RM2 juta kepada RM4juta setahun mulai tahun ini, katanya. 

Majlis sama diadakan hari ini (15 Ogos) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang Sibu dan disempurnakan ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King. 

Source : oleh Borhaniza Ali Basah, Utusan Borneo

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
54310927 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star