edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Kanak-Kanak Pintar Cerdas Perlu Bantuan - Pakar
16 April 2009

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Kanak-kanak bijak atau pintar cerdas memerlukan bantuan untuk membantu mereka menggunakan keupayaan sepenuhnya, kata seorang pakar pendidikan sebuah universiti tersohor.


Pengarah Eksekutif Johns Hopkins University - Centre of Talented Youth (CTY), Dr Lea Ybarra berkata orang ramai selalu menganggap pelajar otak bergeliga atau pintar cerdas tidak memerlukan sebarang bantuan.

"Sebilangan orang berfikir, jika anak itu bijak mereka akan berjaya melakukan apa pun. Mereka tidak perlukan bantuan sesiapa. Namun, itu tidak benar. Ia seperti seorang kanak-kanak yang tidak boleh membaca memerlukan bantuan seseorang untuk mengajarnya membaca," katanya kepada pemberita pada satu persidangan antararbangsa mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak di sini Khamis.

Ybarra berkata CTY diwujudkan pada 1979 semata-mata untuk menampung keperluan pelajar bijak atau pintar cerdas sehingga dapat menggunakan sepenuhnya keupayaan mereka.

Beliau berkata pusat itu telah memberikan khidmat kepada lebih 1.5 juta kanak-kanak seumpamanya di seluruh dunia dalam tempoh 30 tahun lepas.

Beliau berkata di CTY, para pelajar akan berasa selesa jika mereka bijak dan tidak berasa malu atau berasa bersendirian menghadapi masalah mereka ataupun berasa mereka menunjuk-nunjuk.

"Ia bukannya tentang cara mereka atau siapa mereka. Mereka tidak bermaksud ingin menunjuk-nunjuk. Mereka hanya ingin belajar dan mereka pula mempunyai banyak soalan untuk ditanya. Ramai pelajar menyatakan kepada kami bahawa mereka berasa akhirnya ada seseorang yang mendengar dan memahami cara mereka mahu mendapatkan ilmu pengetahuan.

"Mereka amat suka belajar dan saya fikir satu daripada perkara yang kita mesti faham sebagai anggota masyarakat ialah belajar merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Maksud saya pembelajaran tidak semestinya hanya terikat dengan buku dan tidak berbicara dengan sesiapapun," katanya.

Beliau berkata adalah menjadi falsafah CTY untuk membiarkan kanak-kanak membangunkan potensi diri ke peringkat tertinggi dalam apa jua bidang yang mereka minati.

Ini kerana jika mereka tidak dibenarkan berbuat demikian mereka akan berasa bosan dan tidak akan menyertai dan akhirnya akan berhenti mengangkat tangan mereka untuk menjawab soalan.

"Dan saya fikir ini bukan sahaja kanak-kanak ini kerugian, kerana mereka kerugian apabila bakat mereka tidak dipenuhi, tetapi lihatlah kepada negara... merekalah ahli sains, jurutera anda dan mereka pemimpin intelektual. Apa akan berlaku kepada negara anda jika anda tidak memupuk bakat pelajar terbaik dan paling bijak?" soalnya.

Ybarra menjelaskan mengenai program-program yang dilaksanakan bagi pelajar di CTY.

"Kami mempunyai pengajian yang kami tawarkan sepanjang tahun dan semasa musim panas bagi membolehkan para pelajar belajar di peringkat universiti pada usia muda, contohnya jika mereka berada dalam Tahun Tujuh, mereka akan mengambil kursus neurosains atau genetik," katanya.

Beliau berkata pelajar biasanya akan mengambil satu kursus dalam tempoh tiga minggu sama ada dalam bidang matematik, kemanusiaan atau sains sosial, bergantung kepada apa yang mereka minati.

"Masyarakat mungkin berfikir bahawa kami memaksa anak-anak ini, tetapi yang sebenarnya mereka sendiri yang mahu melakukannya kerana mereka berasa bosan di sekolah mereka. Adakala mereka tidak mempunyai rakan-rakan yang mempunyai minat sama seperti mereka untuk membaca dan belajar. Maka, apabila mereka pergi ke tempat di mana kanak-kanak pintar cerdas dari merata dunia yang mempunyai minat terhadap sesuatu, mereka berasa akhirnya seperti di rumah sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Ybarra berkata CTY tidak pernah lupa bahawa pelajar pintar cerdas ini adalah kanak-kanak.

Justeru, apabila mereka tinggal di universiti, mereka akan mempelajari satu topik dari pukul 9 pagi hingga 4 petang dengan banyak waktu rehat dan mereka mesti melakukan aktiviti menyeronokkan pada sebelah petang.

Beliau turut menjelaskan bagaimana hendak mengenalpasti kanak-kanak bijak atau pintar cerdas.

"Apabila mereka bertanya, mereka akan berasa bimbang dengan keadaan dunia di sekeliling mereka, apabila mereka boleh berbincang dengan anda seperti seorang dewasa ini menunjukkan betapa bijaknya mereka," katanya.

Beliau berkata CTY berharap anak-anak muda ini, yang akan menjadi pemimpin di negara masing-masing kerana mereka merupakan yang terbaik dan paling bijak, menghormati orang lain dan jika wujud konflik pada masa depan "mereka akan berunding membincangkan isu sebelum memutuskan untuk berperang."



-- BERNAMA

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55688351 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star